KUALA LUMPUR 13 Dis : Jika sebelum Ketua Menteri Sarawak dilaporkan
memiliki aset sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) di 14 syarikat. Kini
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua
Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas
pelbagai dakwaan.
Taib dan 13 ahli keluarganya didakwa terlibat di dalam salah guna
jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi
jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser
(BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Lapor
Malaysiakini.
Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan
Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan
pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram,
salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi
konflik kepentingan dan sebagainya.
Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.
Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
http://www.keadilandaily.com/?p=24296
0 ulasan:
Post a Comment