KUALA LUMPUR 13 Dis: Perdebatan isu skandal National Feedlot
Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil
masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam
penetapan tarikh.
Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan
Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu
menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial
Twitter.
“Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar kaki maki hamun anak-anak
buah untuk alih perhatian. ‘Typical’ Pemuda Umno,” sindirnya di Twitter
semalam.
Rafizi
pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam
dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia
terpaksa dibatalkan.
Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui
email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh
tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang
dipersetujui bersama.
Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat
skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang
juga Ibu Pejabat Umno.
Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau
memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari
dan sehingga kini tiada respon.
“Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong,” kata Rafizi di Twitter semalam.
“Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari
Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat,”
kata Rafizi
.
Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh
debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat
tersebut.
Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal
berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk
berdebat berkenaan isu ini.
“Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan
teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian,” jelas Rafizi.
Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya
Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Skandal
NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan
banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.
NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki
Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada
masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar,
membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putraja
: http://www.keadilandaily.com
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment