Monday 28 November 2011

Peguam berarak ke parlimen bantah Akta Perhimpunan Aman


KUALA LUMPUR 29 Nov: Peguam dari seluruh negara akan berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.

Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.

Sehingga kini, kira-kira 300 peguam dan orang ramai dilapor telah berada dilokasi berkenaan dan jumlahnya terus meningkat.

Majlis Peguam mengerahkan seluruh anggotanya untuk berarak menuju ke parlimen bermula jam 12.30 tengahari ini.
 
Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, peguam seluruh negara tidak boleh hanya berdiam diri dan menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa sebarang tindakan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam, Syahrezan Johan pula berkata perarakan itu tidak bermotif politik, tetapi membantah tindakan tergesa-gesa kerajaan cuba meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan.

Turut kelihatan hadir dalam perhimpunan itu Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang juga merupakan pengamal undang-undang, selain Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Mereka yang berada di situ dilihat bersemangat  melaungkan ‘bebas! Bebas! Bebas himpun! dan Bebas Rakyat.

Selain itu, satu lagi kumpulan pendesak ‘Occupy’ juga  turut menyertai demonstrasi di hadapan parlimen selama tiga hari berturut-turut.

Dilaporkan kira-kira 40 anggota polis kelihatan mengawal pintu masuk utama parlimen.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati tidak terdapat sebarang sekatan jalan raya menuju ke lokasi berkenaan.


http://www.keadilandaily.com/peguam-berarak-ke-parlimen-bantah-akta-perhimpunan-aman/

0 ulasan:

Post a Comment