KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kira-kira 50 wakil peneroka Felda
daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong
Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda,
Jalan Gurney, dekat sini.
Memorandum
sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan
bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November.
Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu.
Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu.
Memorandum
yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut
Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa
daripada jawatannya.
Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu
kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota
polis beruniform termasuk polis cawangan khas.
Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa".
Bercakap
kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya
amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang
dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam
tugasnya.
"Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul.
"Ia
tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang
mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan
Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Menurut Mazlan, Isa tidak senang
dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Dalam
mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda
nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH
melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu
usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau.
: http://harakahdaily.net/
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment