Tuesday 20 December 2011

PENGUNDI HANTU NI ASALNYA ORANG UMNO KER..?





Pengundi hantu atau bukan pengundi hantu adalah sesuatu yang SPR perlu siasat...
namun ketiga-tiga individu yang didedahkan ini adalah datang dari ahli UMNO...
samada mereka tahu ataupun tidak mengenai perkara ini tidaklah kita tahu...

namun SPR perlu membersihkan senarai-senari pemilih yang semacam ini...

Pemuda PAS memberi contoh tiga individu yang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.
Pemuda PAS mendakwa mendapat bukti terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang membabitkan Umno... 

kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda,  Suhaizan Kaiat.

Beliau memberi contoh  tiga individu yang didaftarkan sebagai pengundi  cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.

INDIVIDU PERTAMA :

Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.

“Mohd Bahar yang mempunyai nombor 
kad pengenalan - 800105025489  
adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai 
kad pengenalan 800105025459  
adalah pengundi hantu,” katanya.

INDIVIDU KEDUA :

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti  yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.

Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka.

Beliau yang memegang 
kad pengenalan bernombor 810822035400
dakwa Suhaizan adalah ahli Puteri Umno bahagian Tumpat.


Manakala identiti kedua menggunakan nama yang sama tetapi mempunyai nombor 
kad pengenalan 810522035400  
adalah pengundi hantu.

INDIVIDU KETIGA :

“Dua identiti yang menggunakan nama  Sharina Mat Arif  hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka.

“Identiti  yang mempunyai nombor 
kad pengenalan  800727095094  
adalah ahli Umno DUN  Santan dalam Parlimen Padang Besar.

“Identiti kedua Sharina  yang mempunyai nombor 
kad pengenalan 800729095094 
adalah pengundi hantu,” tambahnya.

Menurut Suhaizan,  berkemungkinan mereka boleh menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :
  • Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
  • Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
  • Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
  • Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
  • Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi. 
Kalau dilihat kepada latar belakang orang yang ada nombor kad pengenalan yang hampir sama ni,kita dapat lihat mereka adalah orang UMNO...
 
jadi ni ker sebabnya UMNO tak mahu gunakan dakwat kekal..? 
 
lahadnews@yahoo.com 

0 ulasan:

Post a Comment