This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday 5 October 2012

Siri Jelajah Selangor benamkan Umno bermula 14 Oktober


PETALING JAYA 5 Oktober: Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.

Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.

“Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.

“Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.

Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.

Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

“Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.

“(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar,” kata Adun Hulu Kelang itu.


http://www.keadilandaily.com

Mengenal tujuh strategi utama media BN

 
Kaedah penting yang diguna BN untuk mengekalkan kuasa sejak 12 PRU lalu ialah 3M, itu semua orang tahu. Dengan media penting (media) yang dikuasai sepenuhnya oleh mereka, jentera (machinery) kerajaan yang disalahgunakan dan duit (money) kerajaan yang banyak, dihamburkan untuk ‘merasuah’ rakyat – BN mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kekuasaan.

Elok kalau rakyat difahamkan pula dengan tujuh strategi utama yang dimanipulasi BN dengan menggunakan media.

Jika rakyat faham akan permainan media BN ini, maka apa saja perkara yang cuba dimanipulasi pihak mereka akan menjadi sia-sia.


 Ia semacam kefahaman yang terpasak kemas di kalangan ahli dan penyokong tegar PAS bahawa; apa saja yang datangnya media pro BN seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai PAS adalah karut.

 Kejayaan tarbiyah PAS selama beberapa dekad berhubung sikap mereka terhadap media penipu itu menyebabkan PAS tidak pernah risau dengan manipulasi jahat untuk memecahbelahlan PAS dengan isu dalaman (kononnya).


Para penyokong Pakatan (tetapi tidak tegar) dan golongan atas pagar perlu didedahkan strategi BN dalam menangani isu ini supaya mereka juga kalis propaganda BN. Biar lepas ini tiada siapa lagi yang boleh diperbodohkan BN dan hanya penyokong tegar BN akan percaya akan propaganda mereka.
  Maka perlulah terlebih dahulu segolongan rakyat ini didedahkan strategi yang diguna BN dalam memanipulasi isu.
 
1.       Bohong

Bohong ialah bercerita perkara tidak benar. Jika perkara yang dibohongkan itu ialah rekaan cerita buruk terhadap seseorang atau sesuatu pihak maka ia bernama fitnah. Bohong menjadi kaedah wajib yang dimainkan saban hari oleh media BN. Antara pembohongan oleh media pro BN ialah Mohamad Sabu anggap pengganas komunis sebagai pejuang, kerajaan Kelantan tidak pernah bina masjid, Pakatan terima dana asing, kerajaan Kedah mahu roboh surau dan sebagainya. Bohong dengan media BN macam masin dengan garam.


2.       Ancaman

Menimbulkan rasa bimbang dan takut di kalangan rakyat jika Pakatan berkuasa merupakan agenda media BN yang tidak kurang pentingnya. Rakyat diancam jika Pakatan menang maka akan mengundang campurtangan kuasa asing, DAP akan tindas Melayu, negara tidak stabil dan sebagainya. PRU 1990 rakyat Kelantan diancam jika PAS menang maka negeri huru hara, kaum minoriti tiada tempat, tidak mampu bayar gaji dan macam-macam lagi ugutan. Namun 22 tahun berlaku tanpa satu pun dari ancaman tersebut berlaku.


3.       Adu domba

BN sedaya upaya mahu meyakinkan rakyat bahawa pihak lawan (Pakatan) bermasalah, tidak bersatu dan bertelagah. Isu yang agak berjaya mereka gunakan ialah hudud, bagi melagakan PAS dengan DAP. Tindakan pemimpin Pakatan tidak melayan isu tersebut dan menyerahkan kepada pemimpin tertentu sahaja untuk mengulas hudud adalah langkah bijak. Namun mereka akan adu domba dengan isu lain pula seperti pembahagian kerusi bertanding, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ‘membidas’ DAP, peranan PAS diketepi di Pulau Pinang, peranan DAP diketepi di Kedah serta pelbagai adu domba lagi. Walaupun berusaha keras setakat ini mereka belum berjaya memecahbelahkan Pakatan.

 
4.       Racis

Isu racis atau kebencian terhadap pihak yang berlainan kaum menjadi hidangan wajib mereka untuk disajikan kepada rakyat. Api perkauman sangat mudah untuk dinyalakan, justeru BN mengeksploitnya habis-habisan dalam versi berbeza mengikut kaum. Di hadapan orang Melayu mereka dakwa DAP anti Melayu, nasib Melayu akan terabai jika Pakatan memerintah. Di hadapan orang bukan Melayu pula, PAS dituduh kumpulan ekstrimis agama yang tidak menghormati hak-hak bukan Islam. Isu kenyataan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham mengenai bantahan hina Nabi adalah contoh terbaik bagaimana media BN mengeksploit isu perkauman.

 
5.       Pakatan ‘hilang sokongan’

Berita wajib akan muncul dengan banyaknya menjelang pilihanraya ialah kononnya ahli-ahli parti komponen Pakatan meninggalkan parti untuk menyertai BN. Modus operandi yang mereka gunakan ialah mengenalpasti seorang dua bekas ahli atau penyokong Pakatan lalu menggabungkan dengan kumpulan leih besar yang kononnya adalah ahli Pakatan yang berpaling tadah, walhal mereka semua itu adalah penyokong BN yang menyamar. Apa yang berlaku biasanya ialah ‘ahli UMNO masuk UMNO’.

 
6.       Sokongan ‘kuat’ untuk BN

Di samping sokongan terhadap Pakatan berkurang, BN digambarkan mendapat sokongan besar dari rakyat. Propaganda ini dimainkan oleh media BN dengan licik. Jurugambar akan merakam kehadiran Datuk Seri Najib dari sudut yang menampakkan khalayak yang padat, walhal ia cuma manipulasi lensa kamera. Jika foto seperti itu gagal didapatkan maka mereka akan mengubahsuai gambar asal (kaedah copy paste) seperti yang dilakukan oleh sebuah akhbar harian pro BN baru-baru ini.


7.       Mengalih isu

Mencipta isu baru untuk mengalih isu panas sentiasa dipraktikkan media BN menggunakan kelebihan mereka menguasai media utama dalam negara. Apabila muncul isu penyelewengan NFC mereka cipta isu LGBT, apabila muncul isu tuntutan Bersih mereka alihkan kepada isu ‘keganasan’ Bersih. Apabila timbul isu keganasan polis di Bersih mereka cetuskan isu skandal sex Azmin. Mereka memaksa rakyat untuk melupakan isu yang dimainkan Pakatan dengan menimbulkan isu remeh yang dibesarkan ciptaan mereka sendiri.

Apabila anda menyelak laman akhbar atau menatap televisyen setiap hari, jika terdapat isu politik Pakatan yang dimainkan, maka ingatlah bahawa isu tersebut mesti terkandung dalam mana-mana satu dari tujuh strategi utama BN berhubung isu dalam media.

Jika seluruh rakyat Malaysia difahamkan dengan tujuh strategi yang digunakan oleh BN dalam media itu, maka apa saja isu yang berbangkit selepas ini maka tidak perlu lagi pihak penerangan pakatan berhempas pulas memberi penjelasan. Rakyat sendiri akan menangkisnya dengan kefahaman bahawa itu memang strategi jahat media BN.



http://www.selatanonline.net

Pakatan tunaikan impian rakyat miliki rumah sendiri


KUALA LUMPUR 5 Oktober: Hasrat Pakatan Rakyat (Pakatan) menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara bagi membina perumahan mampu milik merupakan langkah terbaik ekoran kegagalan Umno BN membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan KEADILAN, Hee Loy Sian berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah BN tidak mencapai objektif kerana ia projek perkongsian swasta yang menjadikan keuntungan sebagai faktor utama.

“Dengan penubuhah perbadanan ini, ia diurus sepenuhnya di bawah kerajaan, kalau SPNB dan PR1MA bergantung kepada syarikat swasta, mereka akan utamakan keuntungan.

“Ini berbeza dengan tawaran Pakatan kerana kita mahu berikan rakyat rumah yang selesa, sekurang-kurang keluasan 750 kaki persegi.

 Kita tidak mahu nanti selepas lima tahun ada masalah penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, bagi melaksanakan perumahan itu, Pakatan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk tahun pertama pemerintahan.

“Manakala untuk tahun seterusnya, peruntukan RM2 bilion diberikan bagi tempoh lima tahun,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu.

Hee berkata, bagi projek terbengkalai pula, Pakatan akan melaksanakan polisi ‘bina dan jual’ untuk projek kos sederhana rendah bernilai bawah RM300,000 seunit.

“Perumahan terbengkalai akan diubah kepada polisi bina dan jual kerana tidak mahu lagi rakyat tertipu.

“Tapi kita akan kenakan bayaran 10 peratus iaitu nisbah 10:90.

 Kaedah ini kerana mahukan pemaju bina hingga siap, kemudian baru jual,” ujarnya.

Pakatan dalam Belanjawan 2013 berhasrat membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dengan harga antara RM130,000 hingga RM300,000 oleh Perbadanan Perumahan Negara.

Ia diharap membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki hartanah bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.

Sebaliknya, BN dalam Bajet 2013 hanya memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah tanpa memberikan gambaran harga yang akan dilaksana oleh SPNB, PR1MA dan Jabatan Perumahan Negara.


http://www.keadilandaily.com

Wednesday 18 January 2012

Hasan Ali didesak mohon maaf pada Anwar




KUALA LUMPUR 18 Jan : NGO Jingga 13 Menuntut supaya Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan kononnya ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual

Ia berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini

“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa,” kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.

Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.

“Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata  kosong dan tidak mempunyai fakta,” ujar beliau.

Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian

 http://www.keadilandaily.com

Kerajaan Melaka Memerah Duit Pelancong




Pemansuhan caj warisan 5% oleh kerajaan Melaka 

di gantikan pula dengan caj 

bayaran RM2 satu bilik untuk satu malam. 

Katanya caj tersebut mampu mengutip 

RM4juta setahun. 

Kesian, Ali Rustam mengemis di saat hutang negeri 

mencecah RM 850juta, 

memerah duit rakyat setelah 

membeli 1.76juta Kincir Angin berkebolehan 

'tidak berpusing', 

RM8 juta Eye on Malaysia yang lesap 

tinggal tapak kerana hutang, 

RM15juta monorel yang mampu bergerak 

sambil 'berhenti-henti' akibat kerosakan, 

RM12.6 juta Kapal Selam  

yang mampu terapung di atas tanah...

dan lain-lain..