Reformasi 98 tercetus apabila
rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puashati mereka terhadap
kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr
Mahathir mulai dipertikai rakyat. UMNO terburu-buru untuk menyelamatkan
elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi
halangan kepada cita-cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan
tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN
itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar
Ibrahim tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi
menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakam sejarah,
Dato Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau
yang direkayasa UMNO.
Selepas meringkuk selama 6 tahun
beliau pun dibebaskan. Bersama-sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS
serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan
pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian
hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih
gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan
Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari
skrip usang. Sekali lagi DSAI di tohmah dengan fitnah keji. Makanya pada
9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai
batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan
mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia
keseluruhannya.
Adalah jelas kes ini bermotifkan
politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri
Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui
Permuafakatan Pakatan Rakyat.
UMNO menyangka rekayasa jelik
itu akan memecah-belah dan menjejaskan Pakatan Rakyat dari memenangi
Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan
mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan
menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan
persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk
memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit
meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato'
Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
Walau apapun keputusan pada 9hb.
Januari nanti. pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan
rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah
memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.
Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus
menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan
melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan
parti merupakan suatu "evoltionary process" dan bukannya suatu
"revolutionary process."
Yakinlah bahawa kita akan terus
istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggungjawab
kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang
telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia,
Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.
Justeru itu saya menyeru kepada
seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh
usaha untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13. Kemenanan tersebut adalah
Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman
dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.
jingga13team@gmail.com
0 ulasan:
Post a Comment