KUALA
LUMPUR 28 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin
mengulangi bahawa sayap pemuda itu akan menggerakkan demonstrasi
seluruh negara sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul berkata, demonstrasi
berkenaan akan digerakkan bermula pada pelancaran jentera Pakatan Rakyat
di Shah Alam pada 4 Disember ini.
“Buat permulaan kita mengadakan ‘warm-up’ di Shah Alam, 4 Disember
ini sebelum demo diadakan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap
fitnah yang ditujukan kepada Anwar,” katanya.
Jumaat lalu, Shamsul menyuarakan amaran berkenaan semasa Kongres Angkatan Muda KEADILAN yang berlangsung di Pulai, Johor.
Ia berikutan Anwar dijangka dijatuhi hukuman dalam masa terdekat,
selepas mahkamah bersidang pada 8 Disember bagi mendengar hujah akhir
peguam dan pendakwaraya.
Sebab itu, kata Shamsul, Barisan Nasional tergesa-gesa membentangkan
Rang Undang Undang (RUU) Perhimpunan Aman bagi menghalang rakyat
membantah keputusan memenjarakan Anwar.
Sekiranya Anwar dipenjara, tegas Shamsul, Malaysia akan kehilangan
seorang pemimpin penting yang konsisten memperjuangkan reformasi di
negara ini.
“Mereka (Umno) serang Anwar dengan fitnah kerana gagal menyaingi
karisma beliau dan buktinya, Najib sehingga kini takut berdebat dengan
Ketua Umum walaupun Najib yang mulakan cabaran debat Buku Jingga pada
Januari lalu,” katanya.
Sementara itu, AMK juga sedang merancang untuk berdemo bagi membantah
Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang bakal diluluskan
kerajaan.
“Lulus atau tidak akta itu, soal lain kerana jika tidak lulus pun,
akhirnya ia akan dilaksana juga kerana pentadbiran Datuk Najib terkenal
dengan flip-flopnya,” katanya sinis.
http://www.keadilandaily.com/amk-gerakkan-demo-sebelum-anwar-dijatuhi-hukuman/
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment