JOHOR BAHRU 27 Nov: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menegaskan
bahawa parti itu diasaskan bertitik tolak dari kebangkitan rakyat
melawan kezaliman pemerintah.
Justeru itu katanya, pimpinan KEADILAN wajar mendengar pandangan dan hasrat yang disampaikan oleh rakyat.
“KEADILAN adalah parti aktivis, parti reformis, dan parti yang taat
kepada prinsipnya,” kata Tian Chua dalam ucapan penggulungan perbahasan
menyokong ucapan dasar Presiden, di Kongres KEADILAN Nasional ke 8.
Meminjam tema Hijrah, Tian Chua berkata pemimpin yang sudah memegang
tanggungjawab tetapi lupa kepada akar umbi, ibarat mereka yang berhijrah
tetapi tidak sempurna.
“Berhijrah sahaja tetapi lupa asal-usul adalah penghijrahan yang tidak sempurna.
“Kalau Nabi Muhammad berhijrah sahaja ke Madinah tetapi melupakan
tanah Mekah yang perlu diselamatkan, baginda tidak akan berjaya membina
ummah yang kuat dan bersatu,” kata Tian Chua.
Beliau seterusnya berpesan agar perwakilan kongres mengambil contoh
daripada pemimpin-pemimpin yang digulingkan agar sentiasa mendengar
suara rakyat.
“Pemimpin yang lupa perkara asas yang pokok akan digulingkan oleh rakyat,” kata Tian Chua.
http://www.keadilandaily.com/keadilan-parti-dari-rakyat-dan-untuk-rakyat-tian-chua/
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment