KUALA LUMPUR 18 Jan : NGO Jingga 13 Menuntut supaya Bekas Exco
kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf dari Datuk Seri Anwar
Ibrahim berhubung tuduhan kononnya ketua pembangkang itu menghalalkan
homoseksual
Ia berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan
wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru
ini
“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan
mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar
Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih
bersisa,” kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.
Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan
Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.
“Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri
Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali
ternyata kosong dan tidak mempunyai fakta,” ujar beliau.
Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada
Utusan Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara
ini.
Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar-
Hasan’ memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan
BBC.
Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh
menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah
Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik
segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di
muka hadapan akhbar itu.
Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian
http://www.keadilandaily.com
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment