Pengundi hantu atau bukan pengundi hantu adalah sesuatu yang SPR perlu siasat...
namun ketiga-tiga individu yang didedahkan ini adalah datang dari ahli UMNO...
samada mereka tahu ataupun tidak mengenai perkara ini tidaklah kita tahu...
namun SPR perlu membersihkan senarai-senari pemilih yang semacam ini...
Pemuda PAS memberi contoh tiga individu yang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.
kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda, Suhaizan Kaiat.
Beliau memberi contoh tiga individu yang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.
INDIVIDU PERTAMA :
Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.
“Mohd Bahar yang mempunyai nombor
kad pengenalan - 800105025489
adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.
“Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai
kad pengenalan 800105025459
adalah pengundi hantu,” katanya.
INDIVIDU KEDUA :
Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.
Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka.
Beliau yang memegang
kad pengenalan bernombor 810822035400
dakwa Suhaizan adalah ahli Puteri Umno bahagian Tumpat.
Manakala identiti kedua menggunakan nama yang sama tetapi mempunyai nombor
kad pengenalan 810522035400
adalah pengundi hantu.
INDIVIDU KETIGA :
“Dua identiti yang menggunakan nama Sharina Mat Arif hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka.
“Identiti yang mempunyai nombor
kad pengenalan 800727095094
adalah ahli Umno DUN Santan dalam Parlimen Padang Besar.
“Identiti kedua Sharina yang mempunyai nombor
kad pengenalan 800729095094
adalah pengundi hantu,” tambahnya.
Menurut Suhaizan, berkemungkinan mereka boleh menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :
- Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
- Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
- Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
- Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
- Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.
jadi ni ker sebabnya UMNO tak mahu gunakan dakwat kekal..?
0 ulasan:
Post a Comment