KUALA LUMPUR 18 Jan : Pengakuan bekas menteri kerajaan Barisan
Nasional bahawa Umno menggunakan wang untuk membeli undi, membuktikan
reformasi pilihan raya perlu dilaksanakan segera di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu perlu dipandang serius
kerana ia menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih gagal menjalankan peranannya
dengan baik.
“Ini adalah bagus kerana beliau (Abdul Kadir) beritahu kita dan ini
pun jelas menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum laksana tugas
mereka. SPRM pun perlu siasat perkara ini,”
“(Justeru), adalah penting sistem pilihan raya direformasikan dan dibersihkan sebelum PRU-13,” katanya kepada keadilandaily.
Semalam, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengaku mengalami pengalaman itu
sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya
Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
Menurut Maria, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyiasat
pendedahan tersebut dan segera melaksanakan reformasi pilihan raya
sebagaimana lapan tuntutan Bersih.
“Selagi reformasi tidak berlaku, pilihan raya tidak boleh diadakan.
Lagi pun Perdana Menteri pun telah mengatakan janji beliau (untuk
melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya),” katanya merujuk jaminan
Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Maria Chin turut menyeru pengundi agar keluar
beramai- ramai pada pilihan raya akan datang bagi menunaikan
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Sebab itu Bersih 2.0 juga laksanakan Kempen Jom 100, supaya semua
pengundi perlu keluar dan memberikan perubahan kepada negara,” tegasnya.
Pada 9 Julai tahun lalu, Bersih 2.0 melancarkan perhimpunan di
sekitar ibu negara, bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya
bebas dan adil.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi
penambahbaikan proses pilihan raya ditubuhkan bagi mengkaji keperluan
mengadakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Lapan tuntutan Bersih ialah penggunaan dakwat kekal, membersihkan
daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses
media yang adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik
kotor dan rasuah.
Semalam, Bersih memberi amaran sekiranya kerajaan masih berdegil
untuk melaksanakan tuntutan tersebut, himpunan Bersih kali ketiga akan
diadakan untuk terus memberi desakan kepada kerajaan
www.keadilandaily.com
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
3 years ago
0 ulasan:
Post a Comment